
Assalamu'alaikum Wrh. Wbt. dan Salam Sejahtera.
RUMAH AMAL SAHATUL MAHABBAH (RASM) Kluang adalah pusat kebajikan dan penempatan yang menaungi golongan yang layak menerima zakat (asnaf), fakir-miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.
RASM telah memulakan operasinya pada Disember 2009 dengan menyewa sebuah rumah di No. 2 JALAN BUNGA RAYA, KAMPUNG MELAYU, 86000 KLUANG, JOHOR DARUL TAKZIM dengan menempatkan seramai 20 orang remaja perempuan tingkatan 2 hingga 3 dari sekitar negeri Johor dan seramai 5 orang tenaga pengajar (muraqibah, ustazah serta penjaga (felo) asrama.
Mereka di tempatkan di RASM yang digunakan sebagai asrama dan sekolah. Anak-anak ini dididik dan diajar agar menjadi insan yang kenal diri dan Penciptanya, bersangka baik dengan Tuhan kerana DIA lah sebaik-baik Pembela, Pemberi Rezeki dan Amat Belas Kasihan dengan semua makhluk ciptaan-NYA. Mereka juga dididik agar tidak merasa kesal dengan takdir yang ditentukan Tuhan kerana ada yang bernasib lebih malang lagi. Seterusnya diharapkan mereka akan berperibadi mulia serta mampu memajukan diri, dan akhirnya akan memberi manafaat kepada orang lain di suatu masa nanti.
Oleh itu, dengan tanggungan yang bertambah dan kapasiti yang terhad, RASM sangat mengalu-alukan sumbangan yang berterusan dari orang ramai untuk menjayakan hasrat ini. Sumbangan-sumbangan berbentuk barangan keperluan rumah dan sekolah, pakaian, makanan dan wang akan terus dimanafaatkan oleh golongan yang layak menerima ini tanpa melalui banyak kerenah birokrasi yang menyulitkan.
Sabda Rasulullah SAW: “Hendaklah setiap dari kamu memelihara wajahnya dari api Neraka walaupun dengan (bersedeqah) dengan sebiji kurma”.
Marilah kita membela orang lain, mudah-mudahan Tuhan akan membela diri kita pula.
Bentuk-bentuk sumbangan yang boleh dihulurkan;
1) Wang tunai: dengan masukkan terus atas nama SAHATUL MAHABBAH ke akaun :
3) Zakat: zakat wang simpanan/zakat harta/zakat perniagaan/zakat emas dan sebagainya.
4) Bayaran Fidyah: mengganti bagi mereka yang tidak berupaya mengqadha’ puasa Ramadhan kerana uzur syar’ie.
5) Bahan-bahan mentah untuk makanan (basah atau kering).
6) Barang-barang keperluan dapur, bilik mandi, sekolah dan sebagainya.
7) Peralatan rumah dan dapur.
8) Peralatan pejabat baru/terpakai.
9) Anak angkat: Melalui tajaan kos perbelanjaan anak-anak yang dipilih menjadi anak angkat (RM300 seorang/sebulan).
10) Menaja sewa premis pejabat dan asrama.
11) Menaja pembayaran bil utiliti (TNB, SAJ, Indah Water dan Telekom).
12) Kenderaan: van atau kereta untuk pengangkutan ke sekolah, mengambil dan menghantar barang-barang bantuan.
RASM sangat mengalu-alukan sumbangan dari tuan/puan, badan-badan korporat, agensi-agensi kerajaan, NGO dan sebagainya demi memastikan segala keperluan anak-anak ini sentiasa terbela.
Semoga sumbangan ikhlas tuan/puan akan mengeratkan lagi ukhuwah serta menyuburkan rasa kasih-sayang di kalangan kita dan mendapat nilaian di sisi Allah, agar mendapat keredhaanNya untuk keselamatan di dunia dan di akhirat.
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi;
RUMAH AMAL SAHATUL MAHABBAH
No. 2, Jalan Bunga Raya, Kampung Melayu,
86000 Kluang, Johor Darul Takzim
Tel / Faks : 07-7763198
(En. Saffuwan bin Mohamed Johar)
013-2831050
(Cikgu Mohd Hatta Tarsom)
013-7925266
(Tn. Hj Basir bin Abdullah)
019-6019956
iap sumbangan adalah amal jariah yang moga membawa kepada keselamatan di dunia dan akhirat. Sumbangayang melebihi RM500 layak mendapat resit pelepasan cukai pendapatan
Setiap sumbangan adalah amal jariah yang moga membawa kepada keselamatan di dunia dan di Akhirat. Sumbangan yang melebihi RM500 layak mendapat resit pengecualian cukai pendapatan.
No. Rujukan : LHDN 01/35/42/51/179-6.5132
No comments:
Post a Comment